sekarang hidup kalau takde duit mesti susah.. sebab hari² akan memerlukan duit.. semua barang tak kira barang keperluan ke barang bukan keperluan, semua pun dah mahal.. bukan maksudnya di sini, hidup ini hanya untuk mencari duit.. benar, duit bukan penentu untuk kau masuk syurga pun.. makin banyak duit kau ada, mungkin kau akan makin lalai, makin banyak kau fikir cara nak dapatkan duit pun mungkin akan melalaikan kau.. tapi tanpa duit, kau tak boleh makan, minum, beli pakaian, beli kediaman untuk berlindung, beli kereta untuk bergerak, bayar bil elektrik, air dll.. ape² pun masih kena usaha juga dapatkan duit untuk hidup, Allah sendiri tak suka kalau hambaNya malas berusaha.
duit itu tak akan datang bergolek. Islam menggalakkan kita mencari rezeki dari sumber yang halal. Terdahulu Nabi kita sendiri pun berniaga untuk mencari rezeki. Kita juga digalakan untuk tidak tidur selepas subuh kerana pintu rezeki itu terbuka luas dari pagi lagi.. budaya malas tu kena kikis kalau masih kuat melekat dalam diri.
Kerja oh kerja! Sesetengah orang dia tak tahan berkerja di bawah arahan orang. Contoh terdekat adalah diri aku sendiri yang baru setahun jagung bekerja ni. Kadang² tu teringin je untuk bekerja sendiri. Tapi perlu beringat, ia tidak semudah yang disangka.. Risiko untuk rugi sentiasa ada, kalau ilmu selok belok perniagaan tak didalami terlebih dahulu.. modal nak dapat dari mana kena fikir, nak berniaga apa, kat mana, dll..
semua di atas adalah kerana duit oh duit!
No comments:
Post a Comment