mama

dalam family aku, aku adalah satu² nya anak perempuan. Mesti mama agak sunyi kan kat rumah sebab selain abah, dia hanya ada anak² lelaki kat rumah.. anak lelaki dan anak perempuan mestila tak sama.. kalau ada anak perempuan, boleh la dia ajak anak perempuan pergi shopping sekali dengan dia, bolehla dia bercerita tentang kain baju yang dia baru beli, bolehla dia cerita tentang resepi apa yang dia nak masak bila family berkumpul etc..

nak dijadikan cerita, aku pulak jenis yang jarang ada kat rumah, sejak aku berumur 13 tahun, aku dah merantau.. balik rumah bila cuti panjang sahaja, lepas dah habis sekolah menengah aku ke Perancis pulak, setahun hanya balik sekali sahaja.. lepas tu bila dah ada kat malaysia plak, kalau mama tepon aku hari², aku rase rimas.. betapa tak baiknya aku ni! jangan korang ikut perangai aku ni ye.. emo tak tentu ketika padahal masa kau dalam masalah, kat mama juga lah tempat kau mengadu.. mama jugakla yang banyak tolong kau..

to my mum, anakmu ni nak minta maaf banyak² kat mama sebab selalu juga lukakan hati mama tak kira dalam sedar atau tak sedar.. aku tahu, walau sejauh mana aku pergi pun, aku hanya akan ada satu mama, tak akan ada pengganti lain.. terima kasih atas peluh lelah sepanjang mama menjagaku.. hanya Allah yang dapat membalas jasamu yang tak terhingga itu.. dan semoga aku juga menjadi segigihmu satu hari nnt bila aku pula menjadi seorang ibu..

p/s: hari ini adalah hari ibu.. jangan lupa untuk wish kepada ibu masing² ya..

No comments: