you are what you drive

kereta dan lelaki memang tak dapat dipisahkan.. lelaki hari ini merasakan imej dan personaliti mereka dapat digambarkan melalui kereta yang mereka miliki. ade yang meminati satu kereta kerana begitu minat akan rupa bentuk, model, jenama dan ada juga kerana tertarik dengan enjinnya yang berkuasa tinggi. Fanatik mereka yang satu ini bukanlah satu perkara yang baru. Mereka sanggup membeli majalah2 pasal kereta. Kiranya satu kenikmatan bagi mereka bila dapat menatap berbagai2 jenis model kereta yang wujud di dunia ni. Once mereka cukup duit, mereka tidak akan teragak2 untuk menempah salah satu kereta favourite mereka. Kalau mereka tak cukup duit utk beli kereta 1st hand, kereta 2nd hand pun jadila, lepas tu diorg akan modify sendiri kereta diorg. touch up baik punyer, tukar ekzos, tambah spoiler, tukar ke sport rim, etc.. kerana minat, mereka tak kisah duit habis. so girls, faham2 la ek ngn minat diorg ni..

Mengapa tiba2 aku bercakap pasal kereta ni? sebab aku pun suke tgk kereta. aku sangat minat drive kereta. masa aku belum belajar drive lagi, aku selalu termimpi2 aku dah pandai bawak kereta. rasa best bawak kete. time belajar drive kat sekolah memandu, mmg sangat2 suka. test objektif dia aku jwb sebaik mungkin. salah satu je kot masa tu. masa driving test, aku try the best tapi nasib tak menyebelahi aku, pakcik yang mengetest aku ajak aku borak, ingatkan dia akan kasi aku lepas la kan, rupe2 nye dia saje je nak hilangkan tumpuan aku, pastu kantoikan aku, so aku xlulus for the first time. ade la gak rasa kecewa sebab aku kene amek test due kali untuk bende yang aku minat.

Kat sini, tiap2 hari aku keluar, aku naik kereta. Walaupun uni tak jauh mana dari rumah, aku tetap naik kereta. Kereta aku ade nama, Donna namanya, sebuah kereta Renault CLIO tahun 1994. Kete share je, tak mmpu nak beli sorang. Dah tua dah pun keretanya, dah banyak kali gak hantar bengkel sebab sakit. Tapi tak kisah la, janji dia mmg banyak berjasa ngn kitorg. Selalu jugak aku pecut kereta tua ni, tak sampai lima minit, dah sampai di uni. Kalaulah kawasan ni ada polis, aku rasa dah banyak saman aku dapat sebab bawak kereta laju2. Aku mmg berminat nak jadi pelumba kereta tapi terpaksa diketepikan la minat tu, macamla power sgt sampai boleh jadi pelumba. haha, lagi satu, nak dapat kereta sport sebijik pun, macam la mampu..

Tahun lepas, kitorg(girls) ade gak tgk2 kereta online. Kesimpulannya girls pun minat kereta. Cuma kurang fanatik sket la kalo nak dibandingkan ngn lelaki. Kereta yang diminati plak sah2 la yang cute2 macam volkswagon bettle, suzuki swift, dan seangkatan. Just aku je yg choose kete sport sorang2. Tak salahkan aku berangan and letak target, kot2 tercapai satu hari ni, sape tau.. Amin! 

P/s: salah satu dari nafsu yang perempuan ada.










6 comments:

Anonymous said...

saya suke kete mini..
sangat cute and fanatik tahap gaban!!
adakah akan ku memilikinya satu ari nanti?
insyaAllah.. :D

diy126 said...

mintak madpai belikan satu =p

Izyan Nadirah said...

good luck dayen. buleh nye kalu cite2. angan2 will keep us going aite? hehehe.aku pun byk dlm list aku. aku fanatik weh ngn kereta. aku prefer beli magazine kereta dari cleo atau jelita. hahaha. kesimpulannye.. good luck to both of us ek. kalu ko beli kete sport jgn lupa ajak aku naik skali. hehe.

diy126 said...

insyaAllah! mu choose kete ape koyan? jgn lupe ajak aku sekali naik nnt =)

bUL4N said...

dayen...not bad aaa ko pakai renault clio..1994 xde laa lame sgt..tunjuk sket gamba...kat aussie renault cam mahal je...aku mmg x kan mampu bli kete aaa...tepakse bersabar naik public transport...
anyway, rajinnye ko blogging!!
if only aku ade mase n terer menyusun kate2....

diy126 said...

aku postkan nnt gambar clio aku,

p/s: aku suka baca blog, pastu terasa nak ada blog sendiri, tu yg terblogging ni..