Seterusnya, aku mula berasa tidak seronok dengan bau di bilik air.. hidung aku menjadi terlampau sensitif.. Bau lubang bilik air mengalir amat menyerabutkan hidungku.. Sama juga seperti sink di dapur.. Tiba² rasa tidak suka akan rumah lama menyerbu fikiran aku.. Semua gara² hidungku yang semakin sensitif ini.. Mujurla selepas sebulan berkeadaan sebegitu, hidungku kembali normal..
Mulut tidak berasa sedap. Seperti tidak boleh berhenti makan. Kena setiap masa mengunyah. Kadang² dengan memakan asam, boleh lega seketika kemudian rasa tidak sedap itu datang lagi.. Pernah aku menghabiskan lebih RM50 semata² untuk makan mknn sedap+mahal.. mungkin ini yang dinamakan mengidam. Bak kata B, kena penuhi juga rasa kempunan tu, kalau tidak baby berkemungkinan mengalami mulut berair kerana terliurkan sesuatu.. Bab² mengidam aku takdela teruk mana, hanya inginkan makan salad, kek coklat..
Selalu kencing. Ini perkara yang kerap berlaku tidak kira ketika tengah tidur atau pun tidak.. Yang paling teruk bila masuk sahaja ke bilik air, tahap nak kencing tu meluap² sampaikan aku tak sempat mengambil posisi terbaik.
Pasal kentut aku tanak share la sbb part tu kurang sopan dah..
Pertambahan lemak di hampir keseluruhan anggota badan.. Asalnya dulu aku mana kenal apa itu extension utk bra, bila da mengandung ni baru kenal.. kesimpulannya best la pengalaman jadi mak buyung, bukan selalu dapat experience camni.. ni dah kira syukur byk2, takdela teruk sgt..
pepun, xoxo B very much! TQ for the hugs n love you shower me :)
pepun, xoxo B very much! TQ for the hugs n love you shower me :)
No comments:
Post a Comment