Tekanan darah rendah (hipotensi)

Tekanan darah aku selalu di paras yg rendah.. Doktor tanya kalo² aku ni selalu pengsan or pitam².. Alhamdulillah takde setakat ni.. mmg selalu yang kita dengar org ada tekanan darah tinggi, sampaikan dah banyak ubat untuk rawat penyakit darah tinggi ni.. bgaimana pula dengan mereka yg darahnya bertekanan rendah? Kat bwh adalah sedikit hasil setelah meng'Google' ttg hipotensi:

Apa itu Tekanan Darah Rendah ?

Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-

  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah

Gejala Tekanan Darah Rendah

Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-

  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus

Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.

Cara-cara untuk atasi:


  • bgn, duduk atau baring secara perlahan
  • jgn berdiri terlalu lama
  • jgn berada di bawah sinaran matahari lama²
  • diet rendah karbohidrat
  • bykkan minum air putih
  • jgn ambil alkohol
  • tambah pengambilan garam jika perlu
  • bersenam secara teratur

No comments: