belajar jgn jd sombong

Kalo weekend aje, mesti aku nak post entry byk2 kan. yela sebab kalo ari keje aku amatla malas wpun kdg2 tu ade je secubit idea dan rasa nk menconteng blog ni.. kali ni just nk share ape yg aku baca dari satu blog ni mengenai "berlagak"

pernah tak masa kita jln2 or tgh buat aktiviti2 harian tu terlintas kat kepala kita, euww berlagaknya org tu! aku ngaku yg aku pernah je mcm tu tapi takdela selalu, kat org2 "spesel" je kot.. dan dalam sedar tak sedar, mungkin pernah juga aku yg berada kat tempat org2 "spesel" itu.. last2 2x5 je.. kan kan?

k la, sebenarnya sikap sombong, berlagak etc tak patut dicontohi pun, belajar moderate sket demi sket, lama2 nnt terbiasa la.. berlagak² pun kalo org tak suka, tak best jugak kan

voici aku copy and pastekan apa yg aku baca mengenai panduan tidak sombong dan tidak angkuh:

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

No comments: