Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1)  Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa
     berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memiliki perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan 
     kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11)  Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak
       keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli 
       keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka 
       ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya 
       sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat 
      tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain 
       bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan 
       dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap 
       dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum
       lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan 
       kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan 
       makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad 
       Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul
       dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang 
       terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang 
       muda dan kanak-kanak

Ingatlah, cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita.

No comments: