Al-Fatihah merupakan penghulu segala surah. Bismillahirrahmanirrahim ayat pertamanya yang sepatotnya tidak boleh ditinggalkan. Tidak sempurna solat seseorang itu tanpa bacaan Al-Fatihah yang sempurna. Di sini aku letak terjemahan Al-Fatihah untuk kita sama2 hayati isi kandungannya.
1. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
2. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam
3. Yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang
4. Yang menguasai Hari Pembalasan
5. Hanya Engkau yang Kami sembah dan Hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan
6. Dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau redhai, dan bukannya jalan orang-orang yang
Engkau murkai, dan bukannya jalan orang-orang yang sesat....
No comments:
Post a Comment